Thursday, November 6, 2014

KONSPIRASI TUMBANG NOH [1]


SERANGAN BERTUBI-TUBI terhadap Umno Selangor berlaku sejurus selepas PM menegur kepimpinan Umno Selangor yang diketuai oleh Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Umno Selangor dilabel sebagai lembab kerana gagal memenuhi kehendak dan janji yang telah dibuat kepada PM selepas mereka dilantik ke jawatan yang mereka ada sekarang iaitu pemimpin-pemimpin bagi Perhubungan Umno Selangor.

UMNO SELANGOR LEMBAB tidak boleh dinafikan kerana setiap hari ada sahaja kegagalan demi kegagalan dalam memintas isu yang dimainkan oleh Parti Politik Pembangkang. Beberapa kes yang dilihat besar antaranya ialah Kajang Move dan Pertukaran Menteri Besar yang seharusnya Perhubungan Umno Selangor berjaya mencipta kejutan disitu. Oleh demikian kelembapan dalam merancang dan melaksanakan tugas menjadi penyebab sekaligus mengiyakan luahan hati PM semasa berucap di Konvensyen Umno Selangor baru-baru ini.

WAJIB MENYALAHKAN NOH dalam kekalutan ini kerana beliau adalah pemimpin nombor satu dalam jawatankuasa tersebut dan ia merupakan satu tamparan hebat buat beliau yang boleh digelar otai dalam Umno Selangor. Tetapi dalam pada itu, adalah tidak wajar sebenarnya meletakkan kesemua kesalahan itu untuk ditanggung oleh beliau seorang diri sedangkan beliau ada pasukan.

PASUKAN NOH mesti bertanggungjawab dan sama-sama memikirkan cara untuk menangani masalah dan bukannya berperang dalam Whatsapp menyalahkan semasa sendiri dan lebih buruk lagi apabila terpaksa menggunakan khidmat blogger upahan untuk mengelak daripada dipersalahkan.

ZEIN ISMA & JOHAN dengan sengaja membiarkan Noh diserang tanpa henti untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa selama ini kegagalan Umno Selangor adalah disebabkan oleh Noh. ini merupakan perbuatan yang sangat jahat atau senang disebut sabotaj bertujuan menjatuhkan kepimpinan Noh.

KEJATUHAN NOH akan memberikan peluang kepada mereka membolot kedudukan Noh yang sememangnya diidamkan selama ini. Noh tidak nampak ini kerana memang sudah jadi sifat Noh yang tidak ambil berat kerana mereka orang parti. Kini mereka sudah jadi barah tahap empat yang sedang membahayakan nyawa Noh dan Noh tidak akan mampu berbuat apa-apa.

SHUKUR PERANAN UTAMA cerita yang tidak boleh dinafikan kerana beliau sejak dulu adalah musuh nombor satu Noh. Shukur sangat dikenali sebagai kaki projek yang sanggup menyerang siapa sahaja termasuk Noh. Sejak dulu Noh dipermainkan oleh Shukur dan Noh merupakan halangan besar untuk Shukur membolot projek dalam Negeri Selangor. Shukur pernah melobi dirinya sendiri sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor sebelum Noh dilantik. 

KONSPIRASI JATUHKAN NOH memang wujud dan ia diketuai oleh orang dalam sendiri. ZEIN ISMA, JOHAN & SHUKUR adalah orang dalam yang terlibat dalam konspirasi ini. Buktinya mereka tidak pernah peduli apa yang akan jadi dalam Umno Selangor selain peduli dengan projek untuk mengisi poket sendiri.

...bahagian satu....


No comments:

Post a Comment