SERANGAN BERTUBI-TUBI terhadap Umno Selangor berlaku sejurus selepas
PM menegur kepimpinan Umno Selangor yang diketuai oleh Noh Omar selaku
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Umno Selangor dilabel sebagai lembab kerana
gagal memenuhi kehendak dan janji yang telah dibuat kepada PM selepas mereka
dilantik ke jawatan yang mereka ada sekarang iaitu pemimpin-pemimpin bagi
Perhubungan Umno Selangor.
UMNO SELANGOR LEMBAB tidak boleh dinafikan kerana setiap hari ada
sahaja kegagalan demi kegagalan dalam memintas isu yang dimainkan oleh Parti
Politik Pembangkang. Beberapa kes yang dilihat besar antaranya ialah Kajang
Move dan Pertukaran Menteri Besar yang seharusnya
Perhubungan Umno Selangor berjaya mencipta kejutan disitu. Oleh demikian kelembapan dalam
merancang dan melaksanakan tugas menjadi penyebab sekaligus mengiyakan
luahan hati PM semasa berucap di Konvensyen Umno Selangor baru-baru ini.
WAJIB MENYALAHKAN NOH dalam kekalutan ini kerana beliau adalah
pemimpin nombor satu dalam jawatankuasa tersebut dan ia merupakan satu tamparan
hebat buat beliau yang boleh digelar otai dalam Umno Selangor.
Tetapi dalam pada itu, adalah tidak wajar sebenarnya meletakkan kesemua
kesalahan itu untuk ditanggung oleh beliau seorang diri sedangkan beliau ada
pasukan.
PASUKAN NOH mesti bertanggungjawab dan sama-sama memikirkan
cara untuk menangani masalah dan bukannya berperang dalam Whatsapp menyalahkan
semasa sendiri dan lebih buruk lagi apabila terpaksa menggunakan khidmat blogger
upahan untuk mengelak daripada dipersalahkan.
ZEIN ISMA & JOHAN dengan sengaja membiarkan Noh
diserang tanpa henti untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa selama ini
kegagalan Umno Selangor adalah disebabkan oleh Noh. ini merupakan perbuatan
yang sangat jahat atau senang disebut sabotaj bertujuan
menjatuhkan kepimpinan Noh.
KEJATUHAN NOH akan memberikan peluang kepada mereka membolot
kedudukan Noh yang sememangnya diidamkan selama ini. Noh tidak nampak ini
kerana memang sudah jadi sifat Noh yang tidak ambil berat kerana mereka orang
parti. Kini mereka sudah jadi barah tahap empat yang sedang
membahayakan nyawa Noh dan Noh tidak akan mampu berbuat apa-apa.
SHUKUR PERANAN UTAMA cerita yang tidak boleh dinafikan kerana beliau
sejak dulu adalah musuh nombor satu Noh. Shukur sangat dikenali sebagai kaki
projek yang sanggup menyerang siapa sahaja termasuk Noh. Sejak dulu Noh
dipermainkan oleh Shukur dan Noh merupakan halangan besar untuk Shukur membolot
projek dalam Negeri Selangor. Shukur pernah melobi dirinya sendiri sebagai Pengerusi
Perhubungan Umno Selangor sebelum Noh dilantik.
KONSPIRASI JATUHKAN NOH memang wujud dan ia diketuai oleh orang dalam
sendiri. ZEIN ISMA, JOHAN & SHUKUR adalah orang dalam yang terlibat dalam
konspirasi ini. Buktinya mereka tidak pernah peduli apa yang akan jadi dalam
Umno Selangor selain peduli dengan projek untuk mengisi poket sendiri.
...bahagian satu....